Skip to content

Seksyen 38

Pendakwaan terhadap kesalahan

of Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984

ActIn forceProvision 38 of 42
Seksyen 38
(1)

Pendakwaan bagi kesalahan tidak boleh dimulakan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai kecuali oleh atau dengan keizinan Pendakwa Raya:

Dengan syarat bahawa seseorang yang akan dipertuduh atas suatu kesalahan boleh ditangkap, atau suatu waran untuk menangkapnya boleh dikeluarkan dan dilaksanakan dan mana-mana orang yang ditangkap sedemikian boleh ditahan dalam jagaan atau dilepaskan atas jaminan, walaupun keizinan Pendakwa Raya bagi memulakan pendakwaan belum didapati tetapi kes ini tidak boleh didakwa selanjutnya sehingga keizinan telah didapati.

(2)

Apabila seseorang dibawa ke hadapan mahkamah di bawah seksyen ini sebelum Pendakwa Raya mengizinkan pendakwaan itu, pertuduhan hendaklah dibacakan dan diterangkan kepadanya tetapi dia tidak dikehendaki mengaku terhadapnya, dan peruntukan Kanun

Tatacara Jenayah [Akta 593] hendaklah diubah suai sewajarnya.