Skip to content

Seksyen 10

Pelupusan hasil kepada atau melalui Pertubuhan Peladang

of Akta Pertubuhan Peladang 1973

ActIn forceProvision 10 of 43
Seksyen 10
(1)

Sesuatu Pertubuhan Peladang yang satu daripada tujuannya melupuskan apa-apa hasil anggota atau unit anggotanya, boleh memperuntukkan dalam kaedah-kaedahnya atau boleh dengan cara lain membuat kontrak dengan anggota atau unit anggotanya—

(a)

bahawa tiap-tiap anggota atau unit anggota itu yang menghasilkan apa-apa benda itu hendaklah melupuskan kesemua atau apa-apa amaun, kadar atau perihalan tertentu benda itu kepada atau melalui Pertubuhan

Peladang; dan

(b)

bahawa seseorang anggota atau sesuatu unit anggota yang dibuktikan atau dihukum mengikut apa-apa cara yang

Pertubuhan Peladang 15

ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini sebagai telah melakukan suatu perlanggaran terhadap kaedah-kaedah atau kontrak itu hendaklah membayar kepada Pertubuhan Peladang itu sebagai ganti rugi yang ditentukan banyaknya sejumlah wang yang ditentukan atau ditaksirkan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh peraturan yang disebut terdahulu.

(2)

Tiada kontrak yang dibuat di bawah peruntukan seksyen ini boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah atas alasan semata-mata bahawa ia adalah suatu kontrak menghalang perdagangan.