Farmers' Organization Act 1973 · Updated to 1 Apr 2012 · Bahagian IV · Hak dan Tanggungan
15B. Pelaburan wang
Feedback & supportTertakluk kepada seksyen 6, sesuatu Pertubuhan Peladang boleh melaburkan atau mendepositkan wangnya—
ke dalam mana-mana bank yang diluluskan oleh Pendaftar dari semasa ke semasa;
dalam apa-apa sekuriti Kerajaan Persekutuan atau
Kerajaan mana-mana Negeri;
dalam sekuriti yang dikeluarkan di dalam Persekutuan dengan kelulusan Perbendaharaan oleh mana-mana pihak berkuasa awam yang ditubuhkan di bawah undang-undang
Persekutuan atau Negeri;
dengan kelulusan Pendaftar, dalam modal syer atau sekuriti mana-mana badan atau syarikat berdaftar;
dengan kelulusan Pendaftar, dalam pembelian tanah atau bangunan atau dalam pembinaan bangunan; atau
dengan apa-apa cara lain yang diluluskan oleh Pendaftar.