Seksyen 12
Syer atau kepentingan tidak boleh ditahan atau dijual
of Akta Pertubuhan Peladang 1973
Tertakluk kepada seksyen 11 Akta ini, syer atau kepentingan seseorang anggota atau sesuatu unit anggota dalam modal sesuatu Pertubuhan Peladang tidak boleh ditahan atau dijual di bawah apa-apa dekri atau perintah sesuatu mahkamah berkenaan dengan apa-apa hutang atau tanggungan yang dilakukan oleh anggota
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 109
atau unit anggota itu, dan juga pemegang hartanya dalam hal keadaan tidak berkemampuannya atau seseorang penerima yang dilantik dengan sewajarnya tidak berhak kepada, atau mempunyai apa-apa tuntutan ke atas, syer atau kepentingan itu.
(2)
Tanggungan seseorang anggota atau unit anggota bagi hutang sesuatu Pertubuhan Peladang hendaklah ditentukan mengikut perkadaran syer atau kepentingan yang dipegang oleh anggota atau unit anggota itu berbanding dengan keseluruhan hutang Pertubuhan
Peladang itu.