Skip to content

Seksyen 18A

Prosedur penggabungan Pertubuhan Peladang Kawasan

of Akta Pertubuhan Peladang 1973

ActIn forceProvision 21 of 43
Seksyen 18A
(1)

Mana-mana Pertubuhan Peladang Kawasan boleh memberikan notis mengikut kaedah-kaedah pertubuhan tentang

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 109

cadangannya hendak mengadakan mesyuarat agung khas pertubuhan itu yang ketetapan khas bagi penggabungannya dengan Pertubuhan

Peladang Kawasan yang lain akan dicadangkan.

(2)

Dalam mesyuarat setiap Pertubuhan Peladang Kawasan itu, suatu ketetapan khas hendaklah dicadangkan bagi penggabungan tersebut dan suatu permohonan hendaklah dibuat kepada Pendaftar bagi maksud itu.