Seksyen 18B
Pendaftaran Pertubuhan Peladang Negeri
of Akta Pertubuhan Peladang 1973
Jika sesuatu permohonan di bawah seksyen 18A telah dibuat berkenaan dengan setiap Pertubuhan Peladang Kawasan dan
Pendaftar berpuas hati—
(a)
bahawa ketetapan khas yang menyokong penggabungan yang dicadangkan itu telah diluluskan dengan sewajarnya oleh setiap Pertubuhan Peladang Kawasan bersamaan dalam segala butir-butir material dengan ketetapan yang diluluskan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan yang lain;
(b)
bahawa skim penggabungan yang terkandung dalam ketetapan itu dalam hal setiap Pertubuhan Peladang
Kawasan adalah bersamaan dalam segala butir-butir material dengan ketetapan
Pertubuhan
Peladang
Kawasan yang lain; dan
(c)
bahawa peruntukan perlembagaan atau kaedah-kaedah
Pertubuhan Peladang Negeri yang dicadangkan itu adalah mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dia hendaklah mendaftarkan atau menyebabkan supaya didaftarkan
Pertubuhan Peladang Negeri itu mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini.
Pertubuhan Peladang 23