Akta Penapisan Filem 2002 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Kawalan Filem dan Bahan Publisiti Filem
12. Penyimpanan dan pemulangan filem
Feedback & support(1)
Jika Lembaga enggan meluluskan penayangan mana-mana filem, Lembaga boleh menyimpan filem itu selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga bulan dari tarikh keputusannya.
Penapisan Filem 15
(2)
Jika Lembaga enggan meluluskan penayangan mana-mana filem yang diimport, Lembaga boleh memerintahkan supaya filem itu dipulangkan jika Lembaga berpuas hati bahawa pemunyanya bercadang untuk mengeksport semula filem itu.