Akta Penapisan Filem 2002 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Kawalan Filem dan Bahan Publisiti Filem
20. Tanda kelulusan pada bahan publisiti filem
Feedback & supportLembaga hendaklah mengecapkan tanda kelulusannya pada mana-mana bahan publisiti filem yang telah diluluskan oleh Lembaga atau yang telah diubah sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga.
Jika berbilang salinan apa-apa bahan publisiti filem dikemukakan bagi kelulusan Lembaga, maka Lembaga hendaklah mengecapkan tanda kelulusannya pada salinan pertama sahaja dan salinan pendua boleh dibuat daripada salinan pertama itu.
Undang-Undang Malaysia 18
Mana-mana orang yang menayangkan apa-apa bahan publisiti filem atau mana-mana salinan pendua bahan itu tanpa mempamerkan tanda kelulusan Lembaga berkenaan dengan bahan itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit.