Akta Penapisan Filem 2002 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Kawalan Filem dan Bahan Publisiti Filem
18. Pempameran tanda kelulusan, perakuan dan pengelasan
Feedback & supportPemunya sesuatu filem yang diluluskan oleh Lembaga untuk tayangan hendaklah mengecapkan pada filem itu tanda kelulusan Lembaga.
Maka hendaklah dipamerkan mengikut cara yang ditetapkan berkenaan dengan tiap-tiap filem yang diluluskan oleh Lembaga untuk tayangan—
perakuan berkenaan dengan filem itu;
pengelasan filem itu; dan
nama dan alamat orang yang menayangkan, mengedarkan, mempamerkan atau menjual, mengikut mana-mana yang berkenaan, filem itu.
Pemunya filem yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
Penapisan Filem 17
Mana-mana orang yang—
menayangkan, mengedarkan atau menjual sesuatu filem dengan melanggar subseksyen (2); atau
mempamerkan berkenaan dengan sesuatu filem suatu pengelasan yang berbeza daripada pengelasan yang telah diberikan oleh Lembaga kepada filem itu, melakukan suatu kesalahan.
Seseorang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.