Akta Penapisan Filem 2002 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Kawalan Filem dan Bahan Publisiti Filem
8. Permit, dsb., bagi maksud seksyen 7
Feedback & supportLembaga boleh mengeluarkan suatu permit bagi maksud seksyen 7 jika permohonan dibuat kepada Lembaga mengikut cara yang ditetapkan.
Sesuatu permit yang dikeluarkan oleh Lembaga—
hendaklah sah hanya selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam permit itu; dan
hendaklah menyatakan masa dan tempat bagi pengemukaan filem atau bahan publisiti filem itu untuk penapisan.
Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), Lembaga boleh mengeluarkan suatu perakuan pengecualian bagi maksud seksyen 7 berkenaan dengan apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang diimport ke dalam Malaysia—
yang pemunyanya tidak bermaksud untuk menayangkannya di Malaysia, jika pemunya itu telah memberitahu Lembaga secara bertulis bahawa dia tidak bermaksud untuk menayangkan filem atau bahan publisiti filem itu di
Malaysia atau membenarkan tayangannya di Malaysia, dan sudah memberi Lembaga perihalan penuh tentang filem atau bahan publisiti filem itu;
yang Lembaga berpuas hati adalah dimaksudkan bagi kegunaan peribadi; atau
Penapisan Filem 13
jika filem itu telah dibuat atau dikeluarkan di Malaysia oleh suatu perbadanan atau syarikat tempatan atau asing dengan tujuan untuk pengedaran ke seluruh dunia, selain
Malaysia, jika permohonan dibuat oleh pemunya itu mengikut cara yang ditetapkan.
Tanpa menjejaskan subseksyen (2), kuasa Lembaga untuk mengeluarkan permit atau perakuan pengecualian di bawah seksyen ini termasuklah kuasa untuk mengenakan syarat-syarat yang tertakluk kepadanya permit atau perakuan itu dikeluarkan.