Akta Penapisan Filem 2002 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Kawalan Filem dan Bahan Publisiti Filem
19. Pengemukaan bahan publisiti filem
Feedback & support(1)
Tiap-tiap bahan publisiti filem hendaklah dikemukakan kepada Lembaga mengikut cara yang ditetapkan bagi kelulusannya.
(2)
Seksyen 10 dan 11 hendaklah terpakai bagi mana-mana bahan publisiti filem yang dikemukakan kepada Lembaga bagi kelulusannya seolah-olah perkataan “filem” dalam seksyen itu telah digantikan dengan perkataan “bahan publisiti filem”.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen 11(2) yang dibaca bersama dengan subseksyen (2) seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
(4)
Seseorang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit.