Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2023Read it in English

Bahagian VI · Penguatkuasaan

38. Kuasa untuk masuk

Feedback & support
(1)

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, bersama-sama dengan mana-mana orang lain yang difikirkan perlu oleh pegawai itu, memasuki mana-mana premis bagi maksud—

(a)

menentukan sama ada terdapat, atau pernah terdapat, pada atau berkaitan dengan premis itu, apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini;

(b)

mendapatkan apa-apa maklumat berkenaan dengan premis itu sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud menentang kebakaran, termasuk bekalan air yang boleh didapati untuk atau di premis itu dan laluan masuk ke bekalan air itu;

(c)

menentukan sama ada terdapat apa-apa bahaya kebakaran di dalam atau yang menjejaskan premis itu;

(d)

menjalankan apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu berhubung dengan apa-apa perkara yang termasuk dalam peruntukan Akta ini; atau

(e)

menjalankan apa-apa kuasa atau melaksanakan apa-apa tugas Ketua Pengarah di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang tiada kuasa masuk diberikan oleh undang-undang itu bagi menjalankan atau melaksanakannya.

Perkhidmatan Bomba 37

(2)

Tiada tempat kediaman persendirian boleh dimasuki menurut kuasa seksyen ini antara jam tujuh malam hingga jam tujuh pagi.

(3)

Sebelum memasuki mana-mana premis menurut kuasa seksyen ini, pegawai diberi kuasa hendaklah menunjukkan kad pengenalan dirinya kepada penghuni premis itu, jika ada, dan, dalam hal seseorang pegawai diberi kuasa selain Ketua Pengarah, pemberikuasaan bertulis Ketua Pengarah dan adalah sah bagi penghuni premis itu untuk tidak membenarkan pegawai diberi kuasa itu masuk atau mengusirnya dari premis itu jika, apabila diminta oleh penghuni itu, dia gagal atau enggan mengemukakan kad pengenalan diri dan, mengikut mana-mana yang berkenaan, pemberikuasaan itu.

(4)

Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah meninggalkan mana-mana premis kosong atau tidak dihuni yang telah dimasukinya menurut kuasa seksyen ini dalam keadaan selamat daripada penceroboh sebagaimana keadaan yang didapatinya semasa dia memasukinya.

Report

Bahagian VII

Siasatan Tentang Kebakaran

Bahagian VIII

Kumpulan Wang Kebajikan

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules