Akta Perkhidmatan Bomba 1988 · Updated to 1 Apr 2023 · Bahagian VI · Penguatkuasaan
40. Kuasa untuk menangkap tanpa waran
Feedback & supportMana-mana pegawai diberi kuasa boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang—
yang didapati melakukan kesalahan di bawah seksyen 47;
Undang-Undang Malaysia 38
yang disyakinya dengan munasabahnya telah melakukan apa-apa kesalahan lain di bawah Akta ini jika orang itu enggan memberikan nama dan alamatnya atau memberikan suatu alamat di luar Malaysia atau terdapat alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dia telah memberikan nama dan alamat palsu atau bahawa dia mungkin akan melarikan diri.
Jika mana-mana orang telah ditangkap menurut subseksyen (1)
oleh pegawai diberi kuasa, pegawai yang membuat penangkapan itu hendaklah mematuhi seksyen 28 Kanun Tatacara Jenayah
[Akta 593] seolah-olah dia ialah seorang pegawai polis.