Akta Perkhidmatan Bomba 1988 · Updated to 1 Apr 2023 · Bahagian VI · Penguatkuasaan
43. Pemeriksaan saksi
Feedback & supportSeseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penyiasatan di bawah seksyen 41 boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dikatakan mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu.
Orang itu hendaklah terikat untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai itu:
Dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya berkencenderungan mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang sebenar sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan.
Seseorang pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang peruntukan subseksyen (2) dan (3).
Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, pada bila-bila masa yang mungkin, diubahkan ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dia membuatnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang diingininya.