Akta Perkhidmatan Bomba 1988 · Updated to 1 Apr 2023 · Bahagian II · Pentadbiran
4. Pegawai Bomba Bantuan
Feedback & supportKetua Pengarah boleh, dengan persetujuan Menteri, melantik apa-apa bilangan Pegawai Bomba Bantuan bagi setiap Negeri atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan.
Ketua Pengarah boleh menaikkan pangkat Pegawai Bomba
Bantuan.
Pegawai Bomba Bantuan tidak boleh dibayar apa-apa saraan selain apa-apa elaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.
Pegawai Bomba Bantuan hendaklah tertakluk pada kawalan dan arahan langsung Pengarah Negeri masing-masing.
Seseorang Pegawai Bomba Bantuan hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan
[Akta 574].
Pegawai Bomba Sukarela 4a. (1) Ketua Pengarah boleh, dengan persetujuan Menteri, melantik apa-apa bilangan Pegawai Bomba Sukarela atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan.
Ketua Pengarah boleh menaikkan pangkat Pegawai Bomba
Sukarela.
Ketua Pengarah boleh menamatkan pelantikan yang dibuat di bawah subseksyen (1).
Pegawai Bomba Sukarela tidak boleh dibayar apa-apa saraan selain apa-apa elaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.
Pegawai Bomba Sukarela hendaklah tertakluk pada kawalan dan arahan langsung Ketua Pengarah.
Undang-Undang Malaysia 16
Penubuhan Pasukan Bomba Sukarela 4b. (1) Suatu Pasukan Bomba Sukarela yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua orang Pegawai Bomba Sukarela boleh memohon untuk didaftarkan dengan Pendaftar.
Pendaftar boleh, selepas menimbangkan permohonan di bawah subseksyen (1), meluluskan atau menolak permohonan itu.
Pendaftar hendaklah, apabila meluluskan pendaftaran
Pasukan Bomba Sukarela, menetapkan suatu kawasan jagaan kepada Pasukan Bomba Sukarela itu.
Bagi maksud seksyen ini, “kawasan jagaan” ertinya suatu kawasan yang penyelamatan dan bantuan disediakan sekiranya berlaku kebakaran.
Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar 4c. (1) Pendaftar hendaklah menyenggarakan suatu daftar Pegawai
Bomba Sukarela dan suatu daftar Pasukan Bomba Sukarela.
Daftar itu hendaklah mengandungi—
nama dan apa-apa butir lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar bagi tiap-tiap Pegawai Bomba Sukarela yang dilantik dan tiap-tiap Pasukan Bomba Sukarela yang berdaftar dan kawasan jagaannya; dan
nama dan apa-apa butir lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar bagi tiap-tiap Pegawai Bomba Sukarela yang pelantikannya telah ditamatkan dan tiap-tiap Pasukan
Bomba Sukarela yang pendaftarannya telah dibatalkan.
Pendaftar boleh melantik seorang Timbalan Pendaftar dan apa-apa bilangan Penolong Pendaftar dalam kalangan Pegawai
Bomba yang hendaklah tertakluk pada arahan dan kawalan
Pendaftar.
Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa dan menjalankan fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta ini, dan semasa ketiadaannya kuasa dan fungsi itu boleh dijalankan oleh Timbalan
Pendaftar.
Perkhidmatan Bomba 17
Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar boleh menjalankan semua kuasa dan fungsi yang diberikan kepada Pendaftar oleh atau di bawah Akta ini tertakluk pada apa-apa sekatan yang boleh dikenakan oleh Pendaftar.
Rayuan 4d. Jika pelantikan seorang Pegawai Bomba Bantuan atau Pegawai
Bomba Sukarela ditamatkan oleh Ketua Pengarah, suatu rayuan sebagaimana yang ditetapkan boleh dibuat kepada Menteri.