Akta Perkhidmatan Bomba 1988 · Updated to 1 Apr 2023 · Bahagian II · Pentadbiran
5. Tugas Jabatan Bomba dan Penyelamat
Feedback & supportTugas Jabatan Bomba dan Penyelamat hendaklah termasuk—
mengambil langkah yang sah bagi—
memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran;
melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran;
menjamin pengadaan, penyelenggaraan dan pegawalseliaan yang sepatutnya bagi jalan keluar;
dan
menjamin pengadaan cara keluar yang cukup dari semua premis ditetapkan sekiranya berlaku kebakaran;
menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal keadaan kebakaran; dan
melaksanakan khidmat kemanusiaan, termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa apa-apa bencana.
Jabatan Bomba dan Penyelamat boleh, sebagai tambahan kepada tugasnya di bawah subseksyen (1), melaksanakan apa-apa tugas lain yang dikenakan ke atasnya oleh undang-undang atau sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri supaya dilaksanakannya.
Undang-Undang Malaysia 18