Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2023Read it in English

Bahagian II · Pentadbiran

7. Penjalanan kuasa dan pelaksanaan tugas

Feedback & support
(1)

Kuasa dan tugas Ketua Pengarah di bawah subseksyen 4(1),

22(1), seksyen 29, 35a, 46 dan 50 boleh, tertakluk pada kawalan dan arahan Ketua Pengarah, dijalankan atau dilaksanakan oleh seorang Pengarah Negeri, tetapi penjalanan dan pelaksanaan kuasa dan tugas itu oleh Pengarah Negeri hendaklah terhad kepada

Negeri yang baginya dia dilantik melainkan jika Ketua Pengarah, melalui pemberitahuan dalam Warta, meluaskan bidang kuasanya secara am berkenaan dengan kuasa dan tugas itu atau mana-mana daripadanya kepada sesuatu Negeri atau Negeri-Negeri lain atau bahagiannya.

(2)

Tertakluk pada peruntukan subseksyen (1) dan tertakluk pada apa-apa syarat atau sekatan yang difikirkan patut oleh Ketua

Pengarah, Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, mewakilkan penjalanan mana-mana kuasanya atau pelaksanaan mana-mana tugasnya di bawah Akta ini kepada mana-mana Pegawai Bomba, dan jika Ketua Pengarah bertindak di bawah subseksyen ini, dia hendaklah menyatakan had kawasan dan tempoh masa bidang kuasa yang diwakilkan.

(3)

Penjalanan kuasa atau pelaksanaan tugas yang diwakilkan di bawah subseksyen (2) hendaklah tertakluk pada kawalan dan arahan Ketua Pengarah.

Pengurniaan pingat atau pangkat kehormat 7a. Ketua Pengarah boleh menentukan perkara yang berhubungan dengan pengurniaan pingat atau pangkat kehormat kepada mana-mana orang yang difikirkannya sesuai.

Perkhidmatan Bomba 19

Perintah tetap 7b. Ketua Pengarah boleh mengeluarkan perintah tetap bagi kawalan, arahan dan maklumat am Pegawai Bomba, Pegawai

Bomba Bantuan dan Pegawai Bomba Sukarela di bawah Akta ini.

Report

Bahagian III

Penghapusan Bahaya Kebakaran

Bahagian IV

Air dan Pili Bomba

Bahagian V

Bahagian VI

Penguatkuasaan

Bahagian VII

Siasatan Tentang Kebakaran

Bahagian VIII

Kumpulan Wang Kebajikan

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules