Skip to content

Seksyen 47B

Kuasa pegawai perikanan untuk menghendaki kehadiran saksi

of Akta Perikanan 1985

ActIn forceProvision 52 of 69
Seksyen 47B
(1)

Seseorang pegawai perikanan yang menjalankan penyiasatan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh melalui perintah bertulis menghendaki mana-mana orang yang ternyata kepada pegawai itu mengetahui akan hal keadaan kes itu supaya hadir di hadapannya, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki.

(2)

Jika mana-mana orang sedemikian enggan untuk hadir sebagaimana yang dikehendaki, maka pegawai itu boleh melaporkan keengganan itu kepada seorang Majistret yang sesudah itu boleh mengikut budi bicaranya mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah yang disebut terdahulu itu.

(3)

Seseorang yang hadir sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) berhak dibayar perbelanjaan perjalanan dan saraan yang munasabah yang dilakukan olehnya dan adalah sah bagi Ketua

Pengarah untuk membayar perbelanjaan tersebut.