Seksyen 47D
Seksyen 47D
Apabila mana-mana orang ditangkap dan ditahan dalam jagaan oleh seorang pegawai perikanan kerana sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, dan ternyata bahawa penyiasatan itu tidak dapat diselesaikan dalam tempoh dua puluh empat jam dari masa orang itu ditangkap, mana-mana pegawai perikanan boleh mengemukakan orang itu ke hadapan seorang Majistret bagi maksud subseksyen (2).
(2)
Majistret yang ke hadapannya orang itu dikemukakan di bawah subseksyen (1) boleh, sama ada dia mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes itu atau tidak, dari semasa ke semasa membenarkan orang itu ditahan dalam jagaan sebagaimana yang difikirkan patut olehnya selama tempoh tidak melebihi lima belas hari pada keseluruhannya.