Skip to content

Seksyen 49

of Akta Perikanan 1985

ActIn forceProvision 56 of 69

Seksyen 49

(1)

Jika mana-mana vesel, kenderaan, benda atau barang disita di bawah Akta ini dan tidak ada pendakwaan dibuat berkenaan dengannya, vesel, kenderaan, benda atau barang itu hendaklah ditahan selama tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan yang mana apabila habisnya tempoh itu hendaklah disifatkan sebagai terlucut hak, melainkan jika suatu tuntutan bertulis mengenainya diterima dalam tempoh yang tersebut di atas.

(2)

Jika apa-apa tuntutan bertulis diterima di bawah subseksyen (1), tuntutan itu hendaklah dirujukkan oleh Ketua

Pengarah kepada Mahkamah Sesyen atau kepada Mahkamah

Majistret Kelas Satu untuk mendapatkan keputusannya mengenai pelupusan vesel, kenderaan, benda atau barang itu yang boleh, tertakluk kepada seksyen 50, ditahan sementara menunggu selesainya prosiding itu.

(3)

Mahkamah yang berkenaan hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki pihak menuntut dan orang, jika ada, yang daripadanya vesel, kenderaan, benda atau barang itu telah disita supaya hadir dalam Mahkamah dan apabila pihak menuntut atau orang itu hadir, atau apabila dia gagal berbuat demikian setelah diberi notis yang munasabah, Mahkamah hendaklah terus bertindak meneliti perkara itu dan membuat suatu perintah setelah fakta itu dibuktikan.