Skip to content

Seksyen 50

Memulangkan sementara vesel, dsb., yang disita

of Akta Perikanan 1985

ActIn forceProvision 57 of 69
Seksyen 50
(1)

Jika sesuatu vesel, kenderaan, benda atau barang disita di bawah Akta ini, Ketua Pengarah boleh memulangkan vesel, kenderaan atau benda itu untuk sementara waktu kepada pemunyanya atau kepada orang yang dari milikan, jagaan atau kawalannya vesel, kenderaan, benda atau barang itu disita, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat

(termasuklah penggantungan lesen atau permit yang dikeluarkan di

Perikanan 59

bawah Akta ini) sebagaimana yang dikenakan oleh Ketua Pengarah dan tertakluk, bagaimanapun, kepada jaminan yang secukupnya diberi dengan memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa vesel, kenderaan, benda atau barang itu hendaklah diserahkan kepadanya apabila diminta dan bahawa terma dan syarat itu, jika ada, hendaklah dipatuhi.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), jaminan yang akan diberi di bawahnya tidaklah boleh kurang daripada nilai agregat vesel (termasuk kelengkapan, perabot, alatan bersangkutan, storan, kargonya dan peralatannya menangkap ikan), kenderaan, benda atau barang itu.

(3)

Mana-mana yang —

(a)

apabila diminta, tidak menyerahkan kepada Ketua Pengarah vesel, kenderaan, benda atau barang yang dipulangkan untuk sementara waktu kepadanya di bawah subseksyen (1);

atau

(b)

tidak mematuhi atau melanggar apa-apa terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1), adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.