Akta Bekalan Gas 1993 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian VIII · Kesalahan dan Penalti
31. Penalti am
Feedback & supportMana-mana orang yang dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya melakukan suatu kesalahan dan boleh, jika tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan boleh, dalam hal kesalahan berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.