Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

Bahagian VIII · Kesalahan dan Penalti

33. Beban pembuktian

Feedback & support

Dalam mana-mana pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah seksyen 30 bukti mengenai—

(a)

kewujudan cara buatan yang, sama ada bersendirian atau bersama dengan cara buatan tambahan yang tidak dijumpai, dapat digunakan bagi mengubah, atau memudahkan pengubahan, indeks mana-mana meter atau alatan yang digunakan bagi mencatatkan kuantiti gas yang dibekalkan;

(b)

kewujudan cara buatan yang, sama ada bersendirian atau bersama dengan cara buatan tambahan yang tidak dijumpai, akan menghalang, atau memudahkan penghalangan, mana-mana meter atau alatan daripada mencatatkan dengan sewajarnya kuantiti gas yang dibekalkan, atau yang akan memudahkan pengambilan, penggunaan, atau pemakaian gas dengan curang; atau

(c)

(i)

pemasangan apa-apa bahagian atau sambungan buatan, mekanik atau bahagian atau sambungan lain pada;

(ii)

ketiadaan atau pengalihan mana-mana bahagian atau sambungan daripada; atau

(iii)

gangguan kepada mana-mana bahagian atau sambungan, mana-mana radas dalam hal keadaan yang sedemikian rupa sehingga pemasangan, ketiadaan, pengalihan atau gangguan itu akan menghalang atau memudahkan penghalangan mana-mana meter atau alatan lain daripada mencatatkan dengan sewajarnya kuantiti gas yang dibekalkan, atau akan memudahkan pengambilan, penggunaan atau pemakaian gas dengan curang,

Bekalan Gas 41

hendaklah menjadi keterangan prima facie bahawa telah ada pengubahan curang indeks mana-mana meter atau alatan, atau penghalangan, pengambilan, penggunaan atau pemakaian gas dengan curang, mengikut mana-mana yang berkenaan dan bahawa pengubahan, penghalangan, pengambilan, penggunaan atau pemakaian dengan curang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah dijalankan oleh—

(aa)

orang yang memasang bahagian atau sambungan buatan, mekanik atau apa-apa bahagian atau sambungan lain yang disebut terdahulu;

(bb)

orang yang mengalihkan mana-mana bahagian atau sambungan sebagaimana yang disebut terdahulu;

(cc)

orang yang mengganggu mana-mana bahagian atau sambungan sebagaimana yang disebut terdahulu;

(dd)

pengguna yang menggunakan meter atau alatan itu;

(ee)

orang yang mempunyai kawalan ke atas talian paip atau pepasangan atau bahagiannya di mana ia terpasang; atau

(ff)

penghuni premis yang padanya meter atau alatan itu dipasang.

Report