Akta Bekalan Gas 1993 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian VIII · Kesalahan dan Penalti
32. Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan: pegawai disifatkan bersalah
Feedback & supportJika seseorang yang disabitkan berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya ialah suatu pertubuhan perbadanan, ia hanya boleh dikenakan apa-apa denda yang diperuntukkan dalam
Akta ini atau peraturan itu.
Jika seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya ialah suatu pertubuhan perbadanan, tiap-tiap orang yang, pada masa kesalahan itu dilakukan, ialah pengarah atau pegawai pertubuhan perbadanan itu boleh dipertuduh bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu, dan jika pertubuhan perbadanan itu disabitkan atas kesalahan yang dipertuduhkan, maka tiap-tiap pengarah atau pegawai sedemikian hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
Mana-mana orang yang boleh dikenakan apa-apa penalti di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya kerana apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan sekiranya perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan olehnya
Undang-Undang Malaysia 40
sendiri boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan oleh ejennya, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mencegah pelakuan atau peninggalan perkara itu.