Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

Bahagian VIII · Kesalahan dan Penalti

34. Pengkompaunan

Feedback & support
(1)

Menteri boleh, melalui perintah dalam Warta, menetapkan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya sebagai kesalahan yang boleh dikompaunkan.

(2)

Pengerusi boleh, dengan kebenaran bertulis Pendakwa

Raya, mengkompaunkan mana-mana kesalahan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) dengan memungut daripada orang yang secara munasabah disyaki telah melakukan kesalahan itu sejumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu.

(3)

Semua jumlah wang yang diterima oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan.

Undang-Undang Malaysia 42

Report

Bahagian IX

Bahagian X

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules