Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2024Read it in English

Bahagian VI · Penentuan, Semakan Semula dan Rayuan

47. Rujukan kepada penilai perubatan dan rayuan kepada Jemaah Doktor Rayuan

Feedback & support
(1)

Pertubuhan hendaklah merujuk semua persoalan mengenai keilatan dan hilang upaya kekal kepada penilai perubatan untuk penentuan.

(2)

Jika orang yang menuntut faedah atau Pertubuhan tidak berpuas hati dengan penentuan penilai perubatan, orang yang menuntut faedah itu atau Pertubuhan boleh merayu, mengikut cara dan masa yang ditetapkan, kepada Jemaah Doktor Rayuan.

(3)

Orang yang menuntut apa-apa faedah boleh dipanggil untuk hadir di hadapan penilai perubatan atau, dalam hal rayuan oleh

Pertubuhan, di hadapan Jemaah Doktor Rayuan, berhubung dengan penentuan persoalan mengenai keilatan atau persoalan mengenai hilang upaya kekal, dan boleh dibayar elaun perjalanan, elaun lain dan perbelanjaan lain yang telah dilakukan olehnya berhubung dengan kehadiran dalam perkara itu dan pada skala dan tertakluk pada syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan.

Report

Bahagian VII

Peruntukan Kewangan

Bahagian VIII

Tribunal Keselamatan Sosial Suri Rumah

Bahagian IX

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian X

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XI

Schedules