Skip to content

Seksyen 51

Penggantungan dan pemberhentian elaun keuzuran

of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022

ActIn forceProvision 51 of 97
Seksyen 51
(1)

Pertubuhan boleh menggantung elaun keuzuran jika dan selagi penerima itu—

(a)

mungkir hadir, dengan tiada sebab yang baik, apabila diarahkan, di hadapan penilai perubatan atau mana-mana pihak berkuasa lain untuk pengesahan kewujudan atau kewujudan berterusan keilatannya;

(b)

enggan atau cuai tanpa sebab yang baik untuk mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan kepadanya oleh atau bagi pihak Pertubuhan berkenaan dengan apa-apa proses pemulihan jasmani yang dia dikehendaki menjalani tanpa kos; atau

(c)

mungkir, dengan tiada sebab yang baik, membenarkan dirinya untuk menerima dengan percuma rawatan perubatan termasuk pemasangan alat bantuan yang ditawarkan oleh

Pertubuhan bagi keilatannya atau mungkir menjalankan apa-apa arahan pegawai perubatan yang menjaganya:

Keselamatan Sosial Suri Rumah 43

Dengan syarat bahawa dia tidak boleh dikehendaki untuk menjalani apa-apa pembedahan yang boleh membahayakan nyawa atau kesihatannya.

(2)

Pertubuhan boleh menghentikan bayaran elaun keuzuran jika

Pertubuhan berpuas hati bahawa—

(a)

penerima atau mana-mana orang yang berkaitan dengan elaun keuzuran itu telah bertindak secara fraud terhadap

Pertubuhan yang berkaitan dengan mana-mana tuntutan yang telah dibuat olehnya atau apa-apa bayaran yang telah diterima olehnya;

(b)

penerima bersedia untuk melakukan atau bersubahat dalam perbuatan menyalahi undang-undang; atau

(c)

penerima telah melakukan atau terlibat dalam perbuatan menyalahi undang-undang.