Seksyen 57
Kuasa untuk meminjam
of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022
Pertubuhan boleh, dengan keizinan Menteri dan Menteri
Kewangan, meminjam apa-apa wang yang dikehendaki oleh
Pertubuhan bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau melaksanakan apa-apa fungsinya pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat berkenaan dengan masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, kecuali bagi maksud pembayaran faedah di bawah Akta ini.
(2)
Tiada wang daripada mana-mana kumpulan wang yang ditadbirkan oleh Pertubuhan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain boleh digunakan bagi maksud peminjaman di bawah subseksyen (1).