Skip to content

Seksyen 63

Penilaian aset dan liabiliti

of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022

ActIn forceProvision 63 of 97
Seksyen 63
(1)

Lembaga hendaklah, pada tiap-tiap lima tahun, menyebabkan supaya suatu semakan semula aktuari dijalankan mengenai pelaksanaan Skim di bawah Akta ini, yang melibatkan penilaian aset dan liabiliti Pertubuhan, dan laporan itu hendaklah dikemukakan kepada Menteri.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh mengarahkan supaya apa-apa semakan semula aktuari dan penilaian aset dan liabiliti dibuat pada bila-bila masa yang lain sebagaimana yang difikirkannya perlu.