Skip to content

Seksyen 80

of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022

ActIn forceProvision 80 of 97

Seksyen 80

(1)

Mana-mana orang yang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan di bawah seksyen 78 atau 79 dan menyebabkan apa-apa caruman tidak dibayar kepada Pertubuhan atau menyebabkan apa-apa bayaran di bawah Akta ini diterima dengan tidak sepatutnya, mahkamah yang di hadapannya orang itu didapati bersalah hendaklah memerintahkan orang itu untuk membayar kepada Pertubuhan amaun apa-apa caruman atau bayaran itu, bersama dengan apa-apa bunga yang dikreditkan atas amaun itu, yang genap masa dan kena dibayar kepada Pertubuhan.

Keselamatan Sosial Suri Rumah 63

(2)

Amaun apa-apa caruman atau bayaran yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diperakukan oleh pegawai Pertubuhan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah sebagai kena dibayar daripada orang itu sebelum tarikh dapatan bersalah itu dan perakuan pegawai diberi kuasa itu hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai amaun yang genap masa dan kena dibayar kepada Pertubuhan.

(3)

Sekiranya mana-mana orang yang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan di bawah seksyen 78 atau 79 yang berhubungan dengan isi kandungan apa-apa dokumen atau laporan yang dikemukakan kepada Pertubuhan, mahkamah yang di hadapannya orang itu didapati bersalah boleh memerintahkan orang itu untuk mengemukakan dokumen atau laporan yang dikehendaki dalam masa yang ditentukan oleh mahkamah.

(4)

Amaun apa-apa caruman atau bayaran yang disebut dalam subseksyen (1) boleh didapatkan balik mengikut cara yang sama sebagaimana, dan boleh dirayu seolah-olah ia ialah, suatu perintah bagi bayaran pampasan di bawah seksyen 426 Kanun Tatacara

Jenayah, kecuali jika mahkamah mengarahkan supaya bayaran jumlah wang itu dibuat secara ansuran, mahkamah hendaklah mengarahkan supaya jumlah wang itu dibayar dengan tidak lebih daripada enam ansuran dalam masa enam bulan.