Seksyen 81
Salinan catatan menjadi keterangan prima facie dan pengemukaan dokumen
of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022
Dalam apa-apa prosiding undang-undang di bawah Akta ini, suatu salinan apa-apa catatan dalam akaun Pertubuhan yang diperakukan dengan sewajarnya oleh pegawai Pertubuhan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah hendaklah menjadi keterangan prima facie bahawa catatan itu telah dibuat dan mengenai kebenaran kandungan catatan itu.
(2)
Mahkamah boleh, atas permohonan oleh Pendakwa Raya, menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang dalam milikannya dan berkaitan dengan kes, dan dokumen itu hendaklah dikemukakan dalam masa yang ditentukan oleh mahkamah.
64
Undang-Undang Malaysia