Skip to content

Seksyen 26

Kemasukan semula pendaftaran luput

of Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996

ActIn forceProvision 27 of 51
Seksyen 26
(1)

Dalam masa satu tahun dari tarikh notis tentang luputnya pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian disiarkan dalam Warta, pemunya atau penggantinya dalam hakmilik boleh memohon untuk memasukkan semula pendaftaran reka bentuk perindustrian itu

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 552

dengan—

(a)

memfailkan suatu permintaan bagi kemasukan semula itu dalam borang yang ditetapkan;

(b)

membayar apa-apa fi pelanjutan yang belum jelas dan surcaj yang ditetapkan bagi kemasukan semula; dan

(c)

memfailkan suatu pemyataan yang menerangkan hal keadaan yang menyebabkan kegagalan untuk melanjutkan pendaftaran reka bentuk perindustrian itu.

(2)

Jika Pendaftar berpuas hati bahawa kegagalan untuk melanjutkan pendaftaran itu tidak disengajakan atau disebabkan oleh kesilapan, dia boleh menyiarkan dalam Warta suatu notis yang menyatakan niat untuk memasukkan semula pendaftaran yang telah luput itu.

(3)

Mana-mana orang yang berkepentingan boleh, dalam masa tiga bulan dari tarikh penyiaran itu, memberikan notis kepada Pendaftar tentang bangkangan terhadap kemasukan semula pendaftaran itu dan hendaklah menyampaikan satu salinan notis itu kepada pemohon kemasukan semula itu.

(4)

Jika tiada notis bangkangan diberikan mengikut subseksyen (3)

dalam tempoh tiga bulan berikutan tarikh penyiaran yang disebut dalam subseksyen (2), Pendaftar hendaklah memasukkan semula pendaftaran reka bentuk perindustrian itu, yang hendaklah berkuat kuasa seolah-olah pendaftaran itu tidak luput, dan dia hendaklah menyiarkan suatu notis dalam Warta bahawa pendaftaran itu telah dimasukkan semula.

(5)

Jika notis bangkangan diberikan mengikut subseksyen (3),

Pendaftar hendaklah, selepas memberi pembangkang dan pemohon kemasukan semula peluang untuk didengar, memutuskan perkara itu, dan jika dia memutuskan untuk memasukkan semula pendaftaran, maka pendaftaran itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah ia tidak luput, dan dia hendaklah menyiarkan suatu notis dalam Warta bahawa pendaftaran itu telah dimasukkan semula sedemikian.

(6)

Tindakan atau prosiding tidak boleh diambil berkenaan dengan sesuatu pelanggaran reka bentuk perindustrian berdaftar yang dilakukan antara tarikh pendaftaran reka bentuk perindustrian itu terhenti berkuat kuasa dengan tarikh penyiaran dalam Warta tentang kemasukan semula

Reka Bentuk Perindustrian 25

pendaftaran reka bentuk perindustrian itu.

(7)

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pendaftar untuk membenarkan atau enggan membenarkan kemasukan semula di bawah seksyen ini boleh membuat rayuan kepada Mahkamah.