Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

Bahagian IV · Tempoh Pendaftaran

27. Pembatalan pendaftaran dan pemberian lesen wajib

Feedback & support
(1)

Pada bila-bila masa selepas pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian, mana-mana orang yang berkepentingan boleh memohon kepada Mahkamah—

(a)

supaya dibatalkan pendaftaran reka bentuk perindustrian itu atas alasan, tertakluk kepada seksyen 12, bahawa reka bentuk perindustrian itu telah dizahirkan kepada awam sebelum tarikh prioriti permohonan untuk mendaftarkan reka bentuk perindustrian;

(b)

supaya dibatalkan pendaftaran reka bentuk perindustrian itu atas alasan bahawa pendaftaran reka bentuk perindustrian itu telah diperoleh dengan cara yang melanggar undang-undang; atau

(c)

supaya diberi lesen wajib berkenaan dengan reka bentuk perindustrian itu atas alasan bahawa reka bentuk perindustrian itu tidak digunakan di Malaysia melalui apa-apa proses perindustrian atau cara perindustrian pada barang yang berkenaan dengannya ia didaftarkan setakat yang munasabah mengikut hal keadaan kes itu, dan Mahkamah boleh membuat perintah sedemikian berasaskan permohonannya itu sebagaimana yang didapatinya adil.

(2)

Perenggan (1)(a) dan (1)(b) tidaklah menjejaskan hak pemunya sesuatu reka bentuk perindustrian untuk meminta Pendaftar membatalkan pendaftaran reka bentuk perindustrian yang dia menjadi pemunya, atau kuasa Pendaftar untuk mengarahkan pembatalan pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian atas apa-apa alasan lain sebagaimana yang difikirkannya patut.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 552

Report

Bahagian V

Hak Pemunya, Penyerahhakan dan Perpindahan

Bahagian VI

Pelanggaran

Bahagian VII

Kesalahan

Bahagian VIII

Kuasa Lain Pendaftar

Bahagian IX

Pelbagai