Industrial Designs Act 1996 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian VI · Pelanggaran
33. Prosiding pelanggaran
Feedback & supportPemunya sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar hendaklah mempunyai hak untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap mana-mana orang yang telah melanggar atau sedang melanggar mana-mana hak yang diberikan oleh pendaftaran reka bentuk perindustrian itu.
Pemunya sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar hendaklah mempunyai hak yang sama terhadap mana-mana orang yang telah melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan pelanggaran berlaku.
Prosiding yang tersebut dalam subsekyen (1) dan (2) tidak boleh dimulakan selepas lima tahun dari perbuatan pelanggaran itu.
Bagi maksud seksyen ini, “pemunya sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar”
ertinya pemunya berdaftar dan termasuklah pemegang serah hak, pemegang lesen atau benefisiari sesuatu lesen wajib yang diberikan di bawah seksyen 27; tetapi jika apa-apa prosiding dimulakan oleh seseorang selain pemunya berdaftar, mestilah dibuktikan bahawa dia telah membuat permintaan terlebih dahulu kepada pemunya berdaftar untuk memulakan prosiding bagi pelanggaran yang diadukan olehnya dan bahawa pemunya berdaftar itu telah enggan atau gagal untuk memulakan prosiding dalam tempoh tiga bulan dari penerimaan permintaan itu, tanpa bagaimanapun menjejaskan hak pemunya berdaftar itu untuk turut bersama dalam prosiding itu.