Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

Bahagian VI · Pelanggaran

35. Remedi bagi pelanggaran

Feedback & support
(1)

Jika pemunya sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar membuktikan bahawa suatu pelanggaran telah dilakukan atau sedang dilakukan, Mahkamah boleh mengawardkan ganti rugi atau membuat perintah pengemukaan akaun keuntungan dan boleh memberikan perintah injunksi untuk menghalang pelanggaran lanjut dan apa-apa remedi lain di sisi undang-undang.

(2)

Jika pemunya sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar membuktikan bahawa perbuatan sedang dilakukan yang boleh menyebabkan suatu pelanggaran berlaku, Mahkamah boleh memberikan perintah injunksi untuk menghalang pelanggaran dan apa-apa remedi lain di sisi undang-undang.

(3)

Mahkamah boleh enggan mengawardkan ganti rugi, atau enggan membuat perintah pengemukaan akaun keuntungan, berkenaan dengan sesuatu pelanggaran, jika defendan memuaskan

Mahkamah—

(a)

bahawa, semasa pelanggaran itu, defendan tidak tahu bahawa reka bentuk perindustrian itu telah didaftarkan;

dan

(b)

bahawa defendan telah, sebelum itu, mengambil segala langkah yang munasabah untuk menentukan sama ada reka bentuk perindustrian itu telah didaftarkan.

Report

Bahagian VII

Kesalahan

Bahagian VIII

Kuasa Lain Pendaftar

Bahagian IX

Pelbagai