Skip to content

Seksyen 30

Prosiding dikendalikan oleh pegawai Lembaga

of Akta Lembaga Hasil dalam Negeri Malaysia 1995

ActIn forceProvision 41 of 45
Seksyen 30
(1)

Prosiding berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah

Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya atau mana-mana Akta yang dinyatakan dalam Jadual Kedua atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah mana-mana

Akta itu boleh dengan keizinan Pendakwa Raya dikendalikan oleh pegawai Lembaga yang diberi kuasa untuk mengendalikan prosiding itu oleh Ketua Pengarah.

(2)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, pegawai undang-undang sebagaimana yang ditakrifkan dalam

Akta Prosiding Kerajaan 1956 [Akta 359] atau pegawai undang-undang Lembaga yang telah diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976

[Akta 166] boleh hadir dalam mana-mana prosiding sivil yang melibatkan Lembaga atau mana-mana orang yang memegang apa-apa jawatan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga dalam pelaksanaan fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan sedemikian, dan boleh membuat dan melakukan segala

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 33

tindakan dan permohonan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak

Lembaga atau orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.