Skip to content
In forceUpdated to 15 Jan 2024Read it in English

Bahagian VI

31. Obligasi untuk menyimpan rahsia

Feedback & support
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Akta ini atau bagi maksud mana-mana prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, tiada anggota, pegawai, pekerja atau ejen Lembaga, sama ada dalam masa tempoh perjawatannya, atau dalam masa guna khidmatnya atau selepas itu, dan tidak ada orang lain yang mempunyai apa-apa jua akses mengenai apa-apa jua pun maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal

Lembaga boleh memberi, membuka, mendedahkan atau selainnya menzahirkan maklumat atau dokumen itu kepada mana-mana orang.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report