Skip to content
In forceUpdated to 15 Jan 2024Read it in English

Bahagian VI

34. Peraturan-peraturan

Feedback & support
(1)

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan-peraturan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi menjalankan maksud Akta ini.

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 533

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau mengenai semua atau mana-mana perkara yang berikut:

(a)

cara pelantikan, dan terma dan syarat perkhidmatan bagi pegawai dan pekerja Lembaga;

(b)

pembayaran ganjaran dan faedah lain kepada pegawai dan pekerja Lembaga; dan

(c)

fi atau caj yang dikenakan berkenaan dengan apa jua yang dilakukan di bawah atau menurut kuasa Akta ini.

Report

Schedules