Act of Parliament · Updated to 1 Dec 2011 · 3 parts
International Organizations (Privileges and Immunities) Act 1992
Feedback & supportPrivileges and immunities of certain international organizationsOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
s 1Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Organisasi Antarabangsa
(Keistimewaan dan Kekebalan) 1992 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
s 1APemakaian Konvensyen mengenai Keistimewaan dan Kekebalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Perkara yang dinyatakan dalam Jadual Ketujuh (yang merupakan Perkara Konvensyen mengenai Keistimewaan dan
Kekebalan
Pertubuhan
Bangsa-Bangsa
Bersatu)
hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang di Malaysia.
Perkara yang dinyatakan dalam Jadual Kelapan (yang merupakan Perkara Konvensyen mengenai Keistimewaan dan
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 485
Kekebalan Agensi-Agensi Khusus) hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang di Malaysia.
Perenggan 1(ii)(j) Perkara I kepada Konvensyen hendaklah ditafsirkan sebagai merujuk kepada suatu agensi yang mempunyai hubungan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengikut
Perkara 57 dan 63 Piagam dan yang baginya Malaysia merupakan anggota.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“ejen diplomatik” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Keistimewaan Diplomatik (Konvensyen
Vienna) 1966 [Akta 636];
“Menteri”
ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri;
“organisasi antarabangsa” ertinya organisasi yang diisytiharkan menjadi organisasi antarabangsa oleh peraturan-peraturan yang dibuat oleh Menteri di bawah subseksyen 3(1), dan termasuklah—
sesuatu organ, atau pejabat di dalam, sesuatu organisasi yang diisytiharkan sedemikian;
sesuatu suruhanjaya, majlis atau badan lain yang ditubuhkan oleh organisasi atau organ sedemikian; dan
sesuatu jawatankuasa, atau jawatankuasa kecil bagi sesuatu jawatankuasa, dalam organisasi, organ, suruhanjaya, majlis atau badan sedemikian,
“organisasi seberang laut” ertinya organisasi yang diisytiharkan menjadi organisasi seberang laut oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen 3(2), dan termasuklah—
sesuatu organ, atau pejabat di dalam, sesuatu organisasi yang diisytiharkan sedemikian;
Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan 7
Kekebalan)
sesuatu suruhanjaya, majlis atau badan lain yang ditubuhkan oleh organisasi atau organ sedemikian; dan
sesuatu jawatankuasa, atau jawatankuasa kecil bagi sesuatu jawatankuasa, dalam organisasi, organ, suruhanjaya, majlis atau badan sedemikian;
“pegawai tinggi” ertinya seseorang yang memegang, atau yang melaksanakan tugas, jawatan yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan sebagai jawatan tinggi dalam sesuatu organisasi antarabangsa;
“peraturan” ertinya peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“persatuan” ertinya sesuatu persatuan atau sesuatu badan atau kumpulan lain orang, sama ada diperbadankan atau tidak;
“persidangan antarabangsa” ertinya persidangan yang dihadiri oleh seseorang yang mewakili Malaysia dan—
seseorang yang mewakili sesuatu negara selain Malaysia;
atau
seseorang yang mewakili sesuatu organisasi antarabangsa atau sesuatu organisasi seberang laut, sama ada atau tidak ia juga dihadiri oleh seseorang atau orang lain;
“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu” ertinya organisasi yang ditubuhkan oleh Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditandatangani di San Francisco pada 26 Jun 1945.
Bagi maksud Akta ini, seseorang yang menjadi, atau yang pernah dalam mana-mana tempoh masa menjadi, anggota sesuatu organ dalam sesuatu organisasi antarabangsa tetapi tidak, atau tidak pernah dalam tempoh itu, ditauliahkan kepada organ itu sebagai wakil—
sesuatu negara;
sesuatu organisasi antarabangsa; atau 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 485
sesuatu organisasi seberang laut, hendaklah disifatkan telah, atau telah pernah dalam tempoh itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, ditauliahkan sedemikian sebagai wakil negara yang dia menjadi rakyatnya.
Bagi maksud Akta ini—
wakil silih ganti atau timbalan atau pengganti seseorang wakil sesuatu negara anggota organisasi antarabangsa atau organisasi seberang laut; dan
penasihat kepada, atau pakar yang membantu, wakil sedemikian, hendaklah setiap seorangnya disifatkan sebagai kakitangan rasmi wakil itu.
Sebutan dalam Akta ini mengenai negara hendaklah dibaca sebagai termasuk sebutan mengenai kerajaan negara.
Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan, mengisytiharkan sesuatu organisasi—
yang dianggotai oleh Malaysia dan suatu negara atau negara-negara selain Malaysia;
yang dibentuk oleh seseorang atau orang yang mewakili
Malaysia dan seseorang atau orang yang mewakili suatu negara atau negara-negara selain Malaysia; atau
yang mempunyai pejabat di Malaysia dan yang, pada pendapat
Menteri, melaksanakan fungsi yang memberikan manfaat kepada Malaysia, menjadi suatu organisasi antarabangsa.
Peruntukan perenggan (1)(c) tidak terpakai bagi—
Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan 9
Kekebalan)
mana-mana organisasi yang diperbadankan atau ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang di
Malaysia; dan
mana-mana organisasi yang diperbadankan atau ditubuhkan bagi maksud komersial.
Tertakluk kepada subseksyen (3), Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan, mengisytiharkan—
sesuatu organisasi yang anggotanya ialah negara seberang laut di dalam suatu rantau geografi tertentu;
sesuatu organisasi yang dibentuk oleh orang yang mewakili negara seberang laut di dalam suatu rantau geografi tertentu; atau
suatu organisasi yang ditubuhkan, atau suatu kumpulan organisasi yang dibentuk, oleh—
organisasi yang anggotanya ialah negara seberang laut di dalam suatu rantau geografi tertentu; atau
organisasi yang dibentuk oleh orang yang mewakili negara seberang laut di dalam suatu rantau geografi tertentu, menjadi suatu organisasi seberang laut.
Walau apa pun subseksyen (2), sesuatu organisasi tidak boleh diisytiharkan menjadi organisasi seberang laut jika—
Malaysia menjadi anggota organisasi itu; atau
organisasi itu dibentuk oleh seseorang atau orang yang mewakili Malaysia dan seseorang atau orang yang mewakili suatu negara atau negara-negara selain
Malaysia.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 485
Tertakluk kepada seksyen ini, dan kepada subseksyen 11(3),
11(4) dan 11(5), Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan sama ada dengan atau tanpa sekatan atau setakat atau tertakluk kepada syarat yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu—
memberi sesuatu organisasi antarabangsa—
keperibadian juridikal dan keupayaan undang-undang yang perlu bagi menjalankan kuasa dan melaksanakan fungsi organisasi itu; dan
semua atau mana-mana keistimewaan atau kekebalan yang dinyatakan dalam
Jadual
Pertama;
memberi—
seseorang yang menjadi atau yang sedang melaksanakan kewajipan seorang pegawai tinggi semua atau mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian I
Jadual Kedua; dan
seseorang yang tidak lagi menjadi atau melaksanakan kewajipan seorang pegawai tinggi kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian II
Jadual Kedua;
memberi—
seseorang yang ditauliahkan kepada atau yang hadir di sesuatu persidangan antarabangsa yang diadakan oleh sesuatu organisasi antarabangsa sebagai wakil—
suatu negara selain Malaysia;
suatu organisasi antarabangsa yang lain; atau
Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan 11
Kekebalan)
suatu organisasi seberang laut, semua atau mana-mana keistimewaan atau kekebalan yang dinyatakan dalam
Bahagian I
Bahagian I Jadual Ketiga;
Bahagian II
Bahagian II Jadual Ketiga;
Bahagian II