Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian II · Bahagian II Jadual Keempat; dan

5. Keistimewaan dan kekebalan wakil yang menghadiri persidangan antarabangsa tertentu atau yang terlibat dalam misi di Malaysia

Feedback & support
(1)

Jika—

(a)

suatu persidangan antarabangsa sedang atau akan diadakan di Malaysia; atau

(b)

suatu misi dihantar atau akan dihantar oleh—

(i)

sesuatu negara selain Malaysia; atau

(ii)

sesuatu organisasi antarabangsa atau sesuatu organisasi seberang laut, ke Malaysia, dan Menteri mendapati bahawa peruntukan-peruntukan Akta ini selain seksyen ini tidak, atau mungkin tidak, terpakai berhubungan dengan persidangan atau misi itu tetapi adalah wajar keistimewaan dan kekebalan diplomatik terpakai berhubungan dengan persidangan atau misi itu, maka peraturan-peraturan boleh mengisytiharkan persidangan atau misi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, menjadi persidangan atau misi yang baginya seksyen ini terpakai.

(2)

Tertakluk kepada subseksyen 11(3), 11(4) dan 11(5) dan kepada subseksyen (3) seksyen ini, jika sesuatu persidangan atau misi telah diisytiharkan melalui peraturan-peraturan menjadi suatu persidangan atau misi yang baginya seksyen ini terpakai, maka—

(a)

seseorang yang menjadi, atau yang pernah menjadi, wakil—

(i)

suatu negara selain Malaysia; atau

Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan 15

Kekebalan)

(ii)

suatu organisasi antarabangsa atau suatu organisasi seberang laut, di persidangan atau dalam misi itu adalah, berkenaan dengan tempoh dia menjadi, atau pernah menjadi, wakil sedemikian, berhak mendapat keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam

(b)

seseorang yang menjadi, atau pernah menjadi, anggota kakitangan rasmi orang yang disebutkan dalam perenggan (a) selama keseluruhan atau apa-apa bahagian tempoh yang disebutkan dalam perenggan itu adalah berhak mendapat keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam bahagian I Jadual Ketiga berkenaan dengan tempoh itu, atau bahagian tempoh itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(c)

dalam hal sesuatu persidangan antarabangsa, seseorang yang menjadi, atau yang pernah menjadi, anggota suatu urus setia yang ditubuhkan bagi maksud persidangan itu adalah berhak mendapat kekebalan daripada guaman dan daripada proses undang-undang lain berkenaan dengan perbuatan dan perkara yang dilakukan atas sifatnya sebagai anggota sedemikian.

(3)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh

Menteri melalui peraturan-peraturan, seseorang yang hadir, atau yang pernah hadir, di sesuatu persidangan antarabangsa, atau yang terlibat dalam sesuatu misi, yang baginya seksyen ini terpakai, sebagai wakil atau sebagai anggota kakitangan rasmi seseorang wakil—

(a)

suatu negara selain Malaysia; atau

(b)

suatu organisasi antarabangsa, dalam tempoh semasa dia menjadi warganegara Malaysia, tidaklah berhak di bawah subseksyen (2) mendapat apa-apa keistimewaan atau kekebalan berkenaan dengan tempoh itu, kecuali berkenaan dengan perbuatan dan perkara yang dilakukan ke atas sifatnya sebagai wakil atau anggota sedemikian.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 485

Report