Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian II · Bahagian II Jadual Keempat; dan

6B. Keistimewaan dan kekebalan Agensi-agensi Khusus

Feedback & support
(1)

Walau apa pun mana-mana peruntukan Akta ini dan tertakluk kepada subseksyen 3(1), 11(3) dan 11(5), Menteri boleh melalui peraturan-peraturan, sama ada dengan atau tanpa sekatan atau setakat atau tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu, memberi—

(a)

Agensi-agensi Khusus keperibadian juridikal dan apa-apa keupayaan di sisi undang-undang sebagaimana yang perlu bagi penjalanan kuasanya dan pelaksanaan fungsinya; dan

(b)

Agensi-agensi Khusus dan wakil anggota, pegawai dan pakar dalam misinya semua atau mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam

Jadual Kelapan.

Report