International Organizations (Privileges and Immunities) Act 1992 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Bahagian II Jadual Keempat; dan
10. Kebenaran memegang tanah di Persekutuan
Feedback & supportWalau apa pun peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang yang berlawanan, adalah sah bagi tanah di mana-mana bahagian Persekutuan atau apa-apa kepentingan mengenai tanah itu diberikan, diberimilikkan, dipajakkan atau dipindahmilikkan kepada atau dipunyai atau dipegang oleh sesuatu organisasi antarabangsa bagi maksud organisasi itu atau kediaman atau pejabat mana-mana orang yang dinyatakan dalam mana-mana peraturan yang dibuat di bawah perenggan 4(1)(b) dan 4(1)(d).
Jika menurut kuasa subseksyen (1) adalah sah bagi tanah atau sesuatu kepentingan mengenai tanah diberikan, diberimilikkan, dipajakkan atau dipindahmilikkan kepada atau dipunyai atau dipegang oleh sesuatu organisasi antarabangsa, maka tanah atau kepentingan itu boleh diberikan, diberimilikkan, dipajakkan atau dipindahmilikkan kepada atau dipunyai atau dipegang oleh organisasi itu atas namanya atau bagi pihaknya kepada atau oleh mana-mana orang yang dinamakan bagi maksud subseksyen ini sama ada pada amnya atau dalam sesuatu hal tertentu melalui surat yang dialamatkan kepada Menteri oleh atau bagi pihak organisasi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan organisasi atau orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah didaftarkan sewajarnya sebagai tuan punya, penerima pajak atau selainnya, mengikut kehendak keadaan, dalam apa-apa daftar yang disimpan di bawah peruntukan-peruntukan Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965].
Bagi maksud apa-apa urusan mengenai apa-apa tanah atau kepentingan mengenai apa-apa tanah yang terletak hak atas nama sesuatu organisasi antarabangsa, mana-mana orang yang diberi kuasa bagi maksud subseksyen ini sama ada pada amnya atau dalam sesuatu hal tertentu melalui surat yang dialamatkan kepada Menteri oleh atau bagi pihak organisasi itu boleh, oleh sebab pemberikuasaan itu, menyempurnakan semua atau mana-mana surat cara dan melakukan apa-apa perbuatan atau perkara bagi memberikan kuat kuasa kepada apa-apa urusan mengenai tanah sedemikian bagi pihak organisasi itu mengikut cara yang sama dan setakat yang serupa seolah-olah orang
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 485
itu telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu surat kuasa wakil yang sah yang dihantar serah dengan sewajarnya di bawah peruntukan-peruntukan Kanun Tanah Negara.