International Organizations (Privileges and Immunities) Act 1992 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Bahagian II Jadual Keempat; dan
11. Peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan tujuan Akta ini dan bagi menetapkan semua perkara yang dikehendaki atau dibenarkan ditetapkan oleh Akta ini.
Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh—
membuat peruntukan bagi atau berhubungan dengan penepian apa-apa keistimewaan atau kekebalan yang berhak didapati oleh sesuatu organisasi antarabangsa atau seseorang menurut kuasa Akta ini;
membuat peruntukan bagi memberikan kuat kuasa kepada maksud seksyen 7.
Walau apa pun peruntukan seksyen 4, 5, 6A dan 6B, peraturan-peraturan yang memberikan apa-apa keistimewaan atau kekebalan berkenaan dengan perkara yang baginya pada masa ini
Menteri Kewangan bertanggungjawab tidak boleh dibuat tanpa persetujuannya.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 4 atau 5
tidak boleh memberi mana-mana orang yang disebut dalam subperenggan 4(1)(c)(i) atau dalam subseksyen 4(3) atau dalam subseksyen 5(2) apa-apa kekebalan berkenaan dengan sesuatu tindakan sivil yang berbangkit daripada sesuatu kemalangan yang disebabkan oleh kenderaan motor atau alat pengangkutan yang lain yang dipunyai atau dipandu oleh orang itu, atau berkenaan dengan sesuatu kesalahan lalu lintas yang melibatkan orang itu dan dilakukan oleh orang itu.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 4, 5, 6A atau 6B tidak boleh memberi mana-mana orang atau organisasi apa-apa keistimewaan atau kekebalan yang lebih luas daripada keistimewaan atau kekebalan yang, pada masa peraturan-peraturan
Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan 23
Kekebalan)
itu dibuat, diberikan atau dikehendaki diberikan kepada orang atau organisasi itu untuk memberikan kuat kuasa kepada mana-mana perjanjian antarabangsa bagi maksud itu.