Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian II · Bahagian II Jadual Keempat; dan

8A. Penggunaan keistimewaan dan kekebalan dengan sepatutnya

Feedback & support
(1)

Keistimewaan dan kekebalan yang diberikan di bawah

Akta ini diberikan demi kepentingan organisasi antarabangsa dan organisasi luar negara dan bukan bagi faedah peribadi individu.

(2)

Pihak berkuasa yang berkenaan bagi masing-masing organisasi antarabangsa dan organisasi luar negara hendaklah mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan keistimewaan dan kekebalan mana-mana wakil, pegawai atau pakarnya dalam apa-apa hal jika, pada pendapatnya, keistimewaan dan kekebalan itu akan menghalang proses keadilan dan boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan organisasi antarabangsa dan organisasi luar negara itu.

(3)

Organisasi antarabangsa dan organisasi luar negara hendaklah bekerjasama pada setiap masa dengan pihak berkuasa yang berkenaan di Malaysia untuk−

(a)

memudahkan pentadbiran keadilan yang sepatutnya;

(b)

memastikan bahawa semua perundangan domestik dipatuhi; dan

(c)

mencegah berlakunya apa-apa penyalahgunaan berkaitan dengan keistimewaan dan kekebalan yang diberikan di bawah Akta ini.

Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan 19

Kekebalan)

Report