Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian II · Bahagian II Jadual Keempat; dan

9. Perlindungan bagi nama, dll., organisasi antarabangsa

Feedback & support
(1)

Kecuali dengan keizinan secara bertulis daripada Menteri, seseorang (termasuk sesuatu pertubuhan perbadanan) tidak boleh—

(a)

menggunakan nama atau singkatan nama sesuatu organisasi antarabangsa berkaitan dengan sesuatu perdagangan, perniagaan, profesion, mata pencarian atau pekerjaan; atau

(b)

menggunakan—

(i)

meterai, lambang atau reka bentuk yang sama dengan meterai atau lambang sesuatu organisasi antarabangsa;

(ii)

meterai, lambang atau reka bentuk yang menyamai meterai atau lambang rasmi sesuatu organisasi antarabangsa sedemikian hampirnya sehingga ia mungkin dikelirukan dengan meterai atau lambing itu; atau

(iii)

meterai, lambang atau reka bentuk yang mungkin dianggap meterai atau lambang rasmi sesuatu organisasi antarabangsa.

(2)

Jika, tanpa keizinan secara bertulis daripada Menteri, nama atau singkatan nama sesuatu organisasi antarabangsa atau meterai, lambang atau reka bentuk yang disebut dalam perenggan (1)(b)—

(a)

digunakan sebagai, atau sebagai sebahagian daripada, nama, meterai atau lambang sesuatu persatuan;

(b)

digunakan sebagai, atau sebagai sebahagian daripada, nama atau lambang sesuatu akhbar atau majalah yang dipunyai oleh, atau diterbitkan oleh atau bagi pihak, sesuatu persatuan; atau

(c)

digunakan oleh sesuatu persatuan berkaitan dengan apaapa aktiviti persatuan itu supaya dapat

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 485

membayangkan bahawa persatuan itu ada kaitan, dengan apa-apa cara jua, dengan organisasi itu, maka—

(aa)

jika persatuan itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, pertubuhan perbadanan itu; atau

(bb)

jika persatuan itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, tiap-tiap anggota badan pengelola persatuan itu, melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

(3)

Tiada seorang pun boleh disabitkan atas suatu kesalahan terhadap seksyen ini berkenaan dengan penggunaan singkatan nama sesuatu organisasi antarabangsa jika penggunaan itu berlaku dalam keadaan atau berhubungan dengan perkara yang tidak mungkin dianggap membayangkan apa-apa kaitan dengan organisasi itu, melainkan jika pihak pendakwa membuktikan bahawa penggunaan itu dimaksudkan untuk membayangkan kaitan sedemikian.

(4)

Pensabitan seseorang atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini berkenaan dengan penggunaan sesuatu nama, singkatan nama, meterai, lambang atau reka bentuk tidak menghalang pensabitan orang itu kemudiannya berkenaan dengan penggunaan nama, singkatan, meterai, lambang atau reka bentuk itu pada bila-bila masa selepas pensabitan yang mula-mula disebut itu.

(5)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

apa-apa gabungan perkataan atau huruf, atau perkataan dan huruf kedua-duanya, yang dapat difahami sebagai merujuk kepada suatu organisasi antarabangsa hendaklah disifatkan sebagai singkatan nama organisasi itu; dan

(b)

jika sesuatu meterai atau lambang telah diisytiharkan melalui peraturan-peraturan menjadi meterai atau lambang rasmi suatu organisasi antarabangsa, meterai atau lambang itu hendaklah dianggap sebagai meterai atau lambang rasmi organisasi itu.

Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan 21

Kekebalan)

(6)

Prosiding di bawah seksyen ini tidak boleh dimulakan tanpa keizinan secara bertulis daripada Peguam Negara.

Report