Seksyen 46
of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
Seksyen 46
Jika salah satu pihak kepada sesuatu per-kahwinan itu murtad atau memeluk sesuatu ke percayaan lain daripada Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah.
(2)
Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk agama Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuat-kuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah.
47, (1) Seseorang suami atau seseorang isteri yang hendak bercerai hendaklah menyerahkan suatuper-mohonan untuk perceraian kepada Mahkamah dalam borang yang ditetapkan, disertai dengan suatu akvan mengandungi—
(a)
butir-butir mengenai perkahwinan itu dan nama, umur dan jantina anak-anak, jika ada, hasil dari perkahwinan itu;
(b)
butir-butir mengenai fakta-fakta yang memberi bidangkuasa kepada Mahkamah di bawah seksyen 45;
(c)
butir-butir mengenai apa-apa prosiding yang dahulu mengenai hal-ehwal suami isteri antara pihak-pihak itu, termasuk tempat prosiding itu;
(d)
suatu pernyataan tentang sebab-sebab hendak bercerai;
(e)
suatu pernyataan tentang sama ada apa-apa, dan, jika ada, apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mencapai perdamaian;
(f)
syarat apa-apa perjanjian berkenaan dengan nafkah dan tempat kediaman bagi isteri dan anak-anak dari perkahwinan itu, jika ada, peruntukan bagi pemeliharaan dan penjagaan anak-anak dari perkahwinan itu, jika ada, dan pembahagian apa-apa aset yang diperolehi melalui usaha bersama pihak-pihak itu, jika ada, atau, jika tiada, sesuatu persetujuan tersebut telah tercapai, cadangan pemohon mengenai hal-hal itu; dan
(g)
butir-butir mengenai perintah yang diminta.
{Bah. V, S. 47]
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 33
(2)
Selepas menerima sesuatu permohonan untuk perceraian, Mahkamah hendaklah menyebabkan satu saman diserahkan kepada pihak yang satu lagi itu bersama dengan satu salinan permohonan itu dan akuan-berkanun yang dibuat oleh pemohon, dan saman itu hendaklah mengarahkan pihak yang satu lagi itu hadir di hadapan Mahkamah untuk membolehkan
Mahkamah menyiasat sama ada pihak yang satu lagi itu bersetuju atau tidak terhadap perceraian itu.
(3)
Jika pihak yang satu lagi itu bersetuju terhadap perceraian itu dan Mahkamah berpuas hati selepas penyiasatan vang wajar bahawa perkahwinan itu telah pecahbelah dengan tak dapat dipulihkan, maka
Mahkamah hendaklah menasihatkan suami supaya melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah.
(4)
Mahkamah hendaklah merekodkan hal satu talaq itu, dan hendaklah menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.
(5)
Jika pihak yang satu lagi itu tidak bersetuju terhadap perceraian itu atau jika Mahkamah ber-pendapat bahawa, ada kemungkinan yang munasabah bagi suatu perdamaian antara pihak-pihak itu, Mah-kamah hendaklah dengan seberapa segera yang boleh melantik suatu jawatankuasa pendamai terdiri dari-pada seorang Pegawai Agama sebagai pengerusi dan dua orang lain, seorang untuk bertindak bagi pihak suami dan seorang lagi bagi isteri, dan merujukkan kes itu kepada jawatankuasa itu.
(6)
Pada melantik dua orang itu di bawah sub-seksyen (5), Mahkamah hendaklah, jika boleh, mem-beri keutamiaan kepada, saudara-saudara karib pihak-pihak itu yang tahu akan hal keadaan kes itu.
(7)
Mahkamah boleh memberi arahan-arahan kepada jawatankuasa pendamai itu tentang hal menjalankan perdamaian itu dan ia hendaklah menjalankannya mengikut arahan-arahan itu.
(8)
Jika jawatankuasa itu tidak dapat bersetuju atau jika Mahkamah tidak berpuas hati tentang cara ia men-jalankan perdamaian itu, Mahkamah boleh memecat jawatankuasa itu dan melantik jawatankuasa lain bagi menggantikannya.
Pub .AAI261
L igre
Pe vawm
Syarie
AAQ0D
{Bah. V, S. 47]
34 AKTA 303
(9)
Jawatankuasa itu hendaklah berusaha mencapai perdamaian dalam tempoh enam bulan dari tarikh ia dibentuk atau dalam tempoh yang lebih lama mengikut sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah.
(10)
Jawatankuasa itu hendaklah meminta pihak-pihak itu hadir dan hendaklah memberi tiap-tiap seorang dari mereka peluang untuk didengar dan boleh mendengar mana-mana orang lain dan membuat apa-apa penyiasatan yang difikirkannya patut dan boleh, jika ia fikirkan perlu, menangguhkan prosidingnya dari semasa ke semasa.
(11)
Jika jawatankuasa pendamai itu tidak dapat mencapai perdamaian dan tidak dapat memujuk pihak-pihak itu supaya hidup semula bersama sebagai suami isteri, jawatankuasa itu hendaklah mengeluarkan suatu perakuan tentang hal yang demikian itu dan boleh melampirkan pada perakuan itu apa-apa syor yang difikirkannya patut berkenaan dengan nafkah dan penjagaan anak-anak belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada, berkenaan dengan pembahagian harta, dan berkenaan dengan hal-hal lain berhubungan dengan perkahwinan itu.
(12)
Tiada seseorang/peguambela—dan—peguameara boleh hadir atau bertindak bagi mana-mana pihak dalam sesuatu prosiding di hadapan sesuatu jawatan-kuasa pendamai dan tiada sesuatu pihak boleh diwakili oleh sesiapa jua, selain dari seorang ahli keluarga-nya yang karib, tanpa kebenaran jawatankuasa pen-damai itu.
(13)
Jika jawatankuasa itu) melaporkan kepada
Mahkamah bahawa perdamaian telah tercapai dan pihak-pihak itu telah hidup semula bersama sebagai suami isteri, Mahkamah hendaklah menolak per-mohonan untuk perceraian itu.
(14)
Jika jawatankuasa mengemukakan kepada
Mahkamah suatu perakuan bahawa ia tidak dapat mencapai perdamaian dan tidak dapat memujuk pihak-pihak itu supaya hidup semula bersama sebagai suami isteri, Mahkamah hendaklah menasihatkan suami yang berkenaan itu melafazkan satu talaq di hadapan Mah-kamah, dan jika Mahkamah tidak dapat mendapatkan
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 35
suami itu hadir di hadapan Mahkamah untuk melafaz-kan satu talaq, atau jika suami itu enggan melafazkan satu talaq, maka Mahkamah hendaklah merujuk kes itu kepada Hakam untuk tindakan menurut seksyen 48.
(15)
Kehendak subseksyen (5) tentang rujukan ke-pada suatu jawatankuasa pendamai tidak terpakai dalam sesuatu kes—
(a)
di mana pemohon mengatakan bahawa dia telah ditinggal langsung oleh pihak yang satu lagi itu dan tidak tahu di mana pihak yang satu lagi itu berada;
(b)
di mana pihak yang satu lagi itu bermastautin di luar Malaysia Barat dan ianya tidak mung-kin masuk ke dalam bidangkuasa Mahkamah yang berkenaan itu dalam masa enam bulan selepas tarikh permohonan itu;
(c)
di mana pihak yang satu lagi itu sedang di-penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;
(2)
di mana pemohon mengatakan bahawa pihak yang satu lagi itu sedang mengidap penyakit otak yang tak boleh sembuh; atau
(e)
di mana Mahkamah berpuas hati bahawa ada hal keadaan yang luarbiasa yang menyebabkan tujukan kepada suatu jawatankuasa pendamai tidak praktik.
(16)
Kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam subseksyen (17), sesuatu |talaq yang dilafazkan oleh suami atau sesuatu perintah yang dibuat oleh Mah-kamah tidak boleh berkuatkuasa sehingga tamat tem-poh ‘iddah.
(17)
Jika isteri hamil pada masa talaq itu dilafazkan atau pada masa perintah itu dibuat, talaq atau perintah itu tidak boleh berkuatkuasa/ sehingga berakhir ke-hamilan itu.