Skip to content

Seksyen 49

Perceraian

of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984

ActIn forceProvision 44 of 121
Seksyen 49
(1)

Jika suami tidak bersetuju menjatuhkan talaq kbul’atau dengan kerelaannya sendiri, tetapi pihak-pihak itu cerai tebus . : .

talaq. bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau cerai tebus talaq, Mahkamah hendaklah, selepas jumlah bayaran tebus talaq dipersetujui oleh pihak-pihak itu, mengarahkan suami itu melafazkan perceraian dengan cara penebusan, dan perceraian itu adalah ba-in-sughra atau tak boleh diruju’kan.

[Bah. V, S. 49-51]

UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 37

(2)

Mahkamah hendaklah merekodkan cerai tebus talaq itu dengan sewajarnya dan menghantarkan satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

(3)

Jika jumlah bayaran tebus talaq tidak diper-setujui oleh pihak-pihak itu, Mahkamah boleh men-taksirkan jumlah itu mengikut Hukum Syara’ dengan memberi pertimbangan kepada taraf dan sumber kewangan pihak-pihak itu.

(4)

Jika suami tidak bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau tidak hadir di hadapan Mahkamah sebagaimana diarahkan, atau jika Mahkamah ber-pendapat bahawa ada kemungkinan yang munasabah bagi suatu perdamaian, Mahkamah hendaklah melantik suatu jawatankuasa pendamai sebagaimana diper-untukkan di bawah seksyen 47 dan seksyen itu hendaklah dipakai sewajarnya.