Skip to content

Seksyen 53

Anggapan

of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984

ActIn forceProvision 48 of 121
Seksyen 53
(1)

Jika suami seseora perempuan telah mati, diperoayai telah mati, atau telah tidak didapati apa-apa perkhabaran mengenainya s¢lama tempoh tujuh tahun atau lebih, dan hal keadaan adalah sebegitu hingga dia patut, bagi maksud membolehkan perempuan itu ber-kahwin semula, dianggap mengikut Hukum Syara’

sebagai telah mati, tetapi perakuan kematian di bawah 61/57. Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957/

[mowee tidak dapat diperolehi, Mahkamah boleh, atas per-mohonan perempuan itu dah selepas apa-apa penyia-satan yang wajar, mengeluarkan, dalam borang yang ditetapkan, suatu perakuan menganggap suami itu telah mati, dan kemudian daripadg itu perempuan itu adalah bebas berkahwin semula mengikut Akta ini.

(2)

Suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah sub-seksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai perakuan kematian suami itu dalam erti seksyen 14 (4) (d).

(3)

Dalam hal keadaan yang disebut dalam sub-seksyen (1), seseorang perempuan adalah tidak berhak berkahwin semula tanpa suatu perakuan yang dikeluar-kan di bawah subseksyen (1) walaupun Mahkamah

Tinggi mungkin telah memberi kebenaran menganggap suami itu telah mati.

(4)

Perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen

(1)

hendaklah didaftarkan seolah-olah perakuan itu telah mewujudkan perceraian.

Penyengga- 54, (1) Tiap-tiap Pendaftar dan juga Ketua Pendaftar

Perceraian. hendaklah masing-masing menyenggara suatu Daftar dan talan, Perceraian dan Pembatalan dan hendaklah serta-merta

" mencatatkan di dalamnya butir-butir yang ditetapkan mengenai semua perintah perceraian dan pembatalan yang dihantar kepadanya di bawah subseksyen (2) dan mengenai semua perintah perceraian dan pembatalan yang dipohon di bawah subseksyen (3) untuk di-daftarkan.

(2)

Tiap-tiap Mahkamah yang memberi dan mere-kodkan sesuatu perintah perceraian atau pembatalan atau yang membenar dan merekodkan sesuatu talaq atau apa-apa lain bentuk perceraian hendaklah serta-merta menghantar satu salinan rekod itu yang diper-akui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada

Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

[Bah. V, S. 54-55]

UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 43

(3)

Jika sesuatu perkahwinan yang diakadnikahkan dalam Wilayah Persekutuan adalah dibubarkan atau dibatalkan dengan suatu perintah Mahkamah yang layak berbidangkuasa di luar Wilayah Persekutuan, salah satu daripada pihak~pihak itu boleh memohon kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua

Pendaftar untuk didaftarkan perintah itu, dan Pendaftar yang berkenaan itu dan Ketua Pendaftar hendaklah mendaftarkan perintah itu apabila berpuas hati bahawa perintah itu adalah satu perintah yang patut diiktiraf sebagai sah bagi maksud-maksud undang-undang dalam

Wilayah Persekutuan.

(4)

Jika sesuatu lafaz talaq di hadapan Mahkamah atau sesuatu perintah perceraian atau pembatalan, di mana jua telah diberi, telah membubarkan sesuatu perkahwinan yang telah diakadnikahkan dalam

Wilayah Persekutuan dan telah didaftarkan di bawah

Akta ini atau ‘di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa sebelum Akta ini, Pendaftar yang berkenaan dan Ketua Pendaftar hendaklah, apa-bila mendaftarkan talaq atau perintah itu, mengarahkan supaya catatan mengenai perkahwinan itu dalam Daftar

Perkahwinan ditandakan dengan perkataan “Dibubar-kan” dan dengan rujukan mengenai perbicaraan dalam mana talaq itu telah dilafazkan atau perintah itu telah dibuat.

(5)

Apabila mendaftarkan sesuatu talaq atau perintah perceraian atau pembatalan itu dan apabila dibayar kepadanya fee yang ditetapkan, Ketua Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat perakuan cerai dan pem-batalan dalam borang yang ditetapkan kepada kedua-dua pihak itu.