Skip to content

Seksyen 48

of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984

ActIn forceProvision 43 of 121

Seksyen 48

(1)

Jika Mahkamah berpuas hati bahawa per-kelahian (shiqaq) sentiasa berlaku antara pihak-pihak kepada suatu perkahwinan, Mahkamah boleh melantik, mengikut Hukum Syara’, dua orang penimbangtara atau Hakam untuk bertindak bagi pihak suami dan isteri yang berkenaan itu masing-masing.

Subse: by

AOW2

Lab902

Timbangtara oleh Hakam.

36 AKTA 303

(2)

Pada melantik Hakam di bawah subseksyen (1)

Mahkamah hendaklah, jika boleh, memberi keutamaan kepada saudara-saudara karib pihak-pihak yang ber-kenaan itu yang tahu akan hal keadaan kes itu.

(3)

Mahkamah boleh memberi arahan-arahan ke-pada Hakam tentang hal menjalankan penimbangtaraan dan mereka hendaklah menjalankannya mengikut arahan-arahan itu dan Hukum Syara’.

(4)

Jika Hakam tidak dapat bersetuju, atau jika

Mahkamah tidak puas hati dengan cara mereka men-jalankan penimbangtaraan itu, Mahkamah boleh me-mecat mereka dan melantik Hakam lain bagi meng-gantikan mereka.

(5)

Hakam hendaklah berusaha untuk mendapatkan kuasa penuh daripada prinsipal mereka masing-masing dan boleh, jika kuasa mereka membenarkan, melafaz-kan satu talaq di hadapan Mahkamah jika dibenarkan sedemikian oleh Mahkamah, dan jika demikian halnya,

Mahkamah hendaklah merekodkan lafaz satu talaq itu, dan menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua

Pendaftar untuk didaftarkan.

(6)

Jika Hakam berpendapat bahawa pihak-pihak itu patut bercerai tetapi tidak dapat memerintahkan penceraian oleh kerana sesuatu sebab, Mahkamah hendaklah melantik Hakam lain dan hendaklah memberi kepada mereka kuasa untuk memerintahkan perceraian dan hendaklah, jika mereka berbuat demikian, merekodkan perintah itu dan menghantar-kan satu salinan rekod itu yang diperakui kepada

Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

ARQ0. —s (7)---