Seksyen 51
of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
Seksyen 51
Dalam seksyen ini “talaq raji” ertinya per-ceraian dengan satu atau dua talaq yang tidak diikuti dengan habis ‘iddah, dan “bersekedudukan semula”
ertinya hidup semula sebagai suami isterj dalam tempoh sebelum perceraian menjadi tak boleh diruju’kan.
Perceraian di bawah ta‘liq atau janji.
<— AaAdoa
Hidu semula sebagai suami isteri atau ruju’.
(Bah. V, S. 51]
38 AKTA 303
(2)
Jika, selepas sesuatu talaq raj’i, perseke-dudukan semula berlaku dengan persetujuan bersama, pihak-pihak itu hendaklah melaporkan hal perseke-dudukan semula itu dan butir-butir lain yang berkaitan kepada Pendaftar bagi kariah masjid di mana mereka bermastautin.
(3)
Pendaftar hendaklah membuat apa-apa penyia-satan yang perlu dan, jika berpuas hati bahawa persekedudukan semula telah berlaku mengikut
Hukum Syara’, hendaklah mendaftarkan perseke-dudukan semula itu dengan membuat suatu endors-men pada catatan berhubungan dengan perceraian itu dalam Daftar Perceraian, jika perceraian itu telah didaftarkan olehnya, dan hendaklah meminta pihak-pihak itu menyerahkan kepadanya surat-surat per-akuan cerai yang berkaitan dan hendaklah mengeluar-kan kepada mereka surat perakuan persekedudukan semula dalam borang yang ditetapkan.
(4)
Pendaftar hendaklah juga imenyerahkan satu salinan surat perakuan persekedudukan semula itu kepada Ketua Pendaftar yang mana hendaklah men-daftarkan persekedudukan semula. itu dengan mem-buat suatu endorsmen pada catatan berhubungan dengan perceraian itu dalam Daftar Perceraian yang disimpan olehnya. oe
(5)
Mana-mana pihak kepada suatu perkahwinan yang tidak melaporkan hal persekedudukan semula se-bagaimana dikehendaki oleh subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.
(6)
Jika perceraian itu tidak didaftarkan oleh Pen-daftar yang kepadanya laporan di bawah subseksyen
(2)
itu dibuat, dia hendaklah merekodkan dalam surat-surat perakuan cerai nombor siri dan butir-butir surat perakuan persekedudukan semula itu dan hendaklah menghantar surat-surat perakuan cerai itu kepada
Pendaftar yang telah mengeluarkannya bersama dengan satu salinan surat perakuan persekedudukan semula itu, dan Pendaftar yang satu lagi itu hendaklah selepas itu mendaftarkan persekedudukan semula itu dengan membuat suatu endorsmen pada catatan berhubungan dengan perceraian itu dalam Daftar
{Bah. V, S. 51-52]
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 39
Perceraian dan hendaklah menyerahkan salinan surat perakuan persekedudukan semula itu kepada Ketua
Pendaftar yang mana hendaklah mendaftarkan perse-kedudukan semula itu dengan membuat endorsmen pada catatan berhubungan dengan perceraian itu dalam Daftar Perceraian yang disimpan olehnya.
Mai (7) Jika talaq raj’i telah berlaku tanpa dikétahui oleh
. isteri, suami tidak boleh menghendaki atau meminta isteri supaya bersekedudukan semula dengannya tanpa menzahirkan kepadanya hal perceraian itu.
(8)
Jika selepas talaq raj‘i suami melafazkan ruju’
dan isteri telah bersetuju terhadap ruju’ itu, isteri boleh, atas permohonan suami, diperintah oleh Mahkamah supaya hidup semula sebagai suami isteri, melainkan jika isteri itu menunjukkan sebab-sebab yang baik mengikut Hukum Syara’ sebaliknya, dan, jika demikian halnya, Mahkamah hendaklah melantik suatu jawatan-kuasa pendamai sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 47 dan seksyen itu hendaklah dipakai sewajar-nya.
(9)
Jika selepas talaq raj‘i suami melafazkan rujuw’
tetapi telah tidak bersetuju terhadap ruju’ itu kerana sebab-sebab yang dibenarkan oleh Hukum Syara’, dia tidak boleh diperintah oleh Mahkamah supaya hidup semula sebagai suami isteri, tetapi Mahkamah hendak-lah melantik suatu jawatankuasa pendamai sebagai-mana, diperuntukkan di bawah seksyen 47 dan seksyen itu hendaklah dipakai sewajarnya.